Sabtu, 29 Mac 2014

Sedang aku menunggu panggilan masuk, diriku dikejutkan dengan mesej tiba di 019xx. Belum lagi tanganku bergerak mengambil untuk membaca masuk satu lagi. Aku biar seketika sebagai memberi laluan untuk syak wasangka hilang, pergi daripada pemikiranku. Tersentap, remuk hati bagai tertusuk sesuatu di dada apabila mataku membaca ayat yang terpampang di skrin telefon bimbit. Mesej kedua menambahkan lagi kesakitan yang kurasa di dada. Suhu tubuhku seperti seram sejuk, jari jemari sememangnya pucat. Mengapa dia menggunakan pelan pesanan ringkas sedangkan melanggani plan data bulanan, sudah tentu mesej tersebut bukan ditujukan kepadaku. Ayat yang digunakan, menggambarkan mesej ditujukan kepada lelaki lain. Dalam keadaan hati yang remuk aku tahan, sabar menunggu jikalau ada mesej seterusnya daripadanya dan aku cuma membalas ikon senyum seolah-olah tidak meragui sesuatu. Akan tetapi aku tahu bahawa dia pun tahu lambat laun aku akan menanyakan perihal ini. Terusku menghubungi rakan karib aku dan menceritakan segala-galanya, perasaan dan sangkaan aku ketika tu. Hatiku mula tidak tenteram. Sebelum pulang kerja, sementara menunggu keredaan kesibukan jalan raya aku hubungi rakan karib dan berborak sekali lagi agar dapat aku hilangkan rasa curiga.Aku seolah-olah dapat mendengar riaksi suara dia dengan membaca mesej itu. Setiap kali terlintas gambaran mesej tu, setiap kali itulah tusukan itu kurasa. Bateri telefon bimbit semakin berkurangan dan khuatir akan padam sebelum sempat sampai rumah akak. Aku nekad untuk tidak menganggu dia dan terus balik. Setiba di KLsentral, singgah di Burger King untuk makan malam. Aku akur yang aku tidak dapat tahan diriku daripada tidak menghubungi dia. Aku menghantar mesej bergambar set makan malam yang dibeli. Bermulalah berbalas balas mesej antara aku dan dia. Seperti biasa dia melayan mesej cuma layanan tu seperti apa yang pagi tadi tidak berlaku. Agak kerap aku berkias untuk dia beritahu. Setelah habis makan dan bermesej aku gerak pulang menaiki monorel. Turun daripada stesen perhentian Maharjalela, aku menyapa dia semula dengan memberitahu yang aku tidak beberapa gembira. Telefon bimbit aku menunjukkan bateri lemah. Dalam perjalanan aku dia menjawab segala spekulasi aku yang terpendam. Aku sedar permintaan aku itu menjengkelkan dan begitu juga jawapan daripadanya. Dalam kesedihan itu terlintas masa silam. Setibanya aku di rumah, aku memberi penjelasan. Dan setelah keadaan kembali reda aku mengakhiri dengan mengecas bateri telefon bimbit. Apakah perasaan yang aku alami ini?? Deria mengatakan, merasakan itu terlalu kuat Aku ingin menafikan tetapi tdak boleh. Sayang memang benar aku sayang. Adakah aku perlu tinggalkan segalaapa yang sedang aku bina?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan