Khamis, 9 Ogos 2012

Aku, Kau, dan Dia...


                Aku dan Kau merupakan kawan rapat sejak sekolah rendah dan memahami citarasa satu sama lain. Berkongsi cerita, rahsia suka duka bersama. Si Dia merupakan rakan persekolahan Aku.

                Cerita bermula begini....

Dia datang dalam hidup Aku ketika Aku berada dalam keadaan tertekan dan memerlukan sokongan rakan. Sedikit sebanyak hidup Aku mula ceria dapat bertukar buah fikiran. Tanpa disedari keakraban terbentuk antara Aku dan Dia. Perbualan  demi perbualan menjadikan Dia menaruh harapan terhadap Aku, tanpa pengetahuan Aku sehingga satu ketika Dia meluahkan perasaan yang terpendam akibat tidak dapat menahan kerenah Aku yang samada faham atau saja buat buat tak faham terhadap perubahan Dia terhadap Aku.

Aku bertemu Kau, menceritakan hal yang menimpa diri. pelbagai nasihat dipinta dan bertukar buah fikiran mengenai kal ini lalu Kau memberi cadangan mengapa tidak terima sahaja Dia daripada Aku mencari2 menunggu2 bunga bunga lain yang belum pasti menjadi milik Aku. Sehubung itu dapat Aku melupakankan kisah silam dah memulakan yang baru...

Aku pada mulanya tidak dapat menerima lamaran Dia kerana tamparan kisah silam masih segar dalam diri dan tidak ingin Aku melupakan detik2 manis yang pernah Aku lalui baik kata bersama mahupun tidak..susah payah Aku dalam relationship tersebut.keputusan ini membawa kepada pergaduhan antara Aku dan Dia dan aku terima kerana situasi diri Aku yang masih belum stabil / kukuh.

Namun Dia datang dengan harapan tiada persengketaan antara berdua. Tetapi bermulalah kisah baru di mana Aku semakin mesra dengan Dia dengan kata2 dan nasihat Kau, declared.

Segalanya bermula dengan indah tetapi Aku seakan dapat merasakan kehadiran ujian dan halangan dalam hubungan berdua. Tanpa berfikiran negatif, Aku cuba untuk mengharungi cuba membuktikan bahawa bayangan itu tidak benar. Lama kelamaan ia seakan akan membesar dan tidak dapat dibendung. Aku cuba mendapatkan ikhtiar untuk mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini,  tidak ingin pisang berbuah dua kali dan ini bukan kali kedua buat Aku.

        Peerrrgghh.. malas siot nak nak buat blog nih.. Aku, Kau, dan Dia adalah nama samaran, tiada kena mengena dengan hidup atau mati - sesiape ke... Kalau ade yang terase dengan cerita di atas, coincidence!!

Tunggu blog akan datang...Masalah... Salah siape???? nape plak???