Khamis, 29 Oktober 2015


Apa yang masih belum kau tahu?

Apa yang masih aku belum tahu... banyak lagi. Bukan aku tidak pernah bertanya  tetapi aku mula  merasai menyampah bertanya kepada mereka yang bijak pandai kerana sikap mereka. Ya, jika tikdak tahu bertanya dan jangan buat keputusan sendiri akan tetapi cara mereka yang seolah olah tidak sudi berkongsi ilmu.  Mereka menjawab tetapi tidak sepenuhnya, meninggalkan aku dalam keadaan tertanya tanya kononnya supaya aku berfikir sendiri. Apabila aku mula bersuara bertanya lebih akan suatu itu mereka mula tarik muka atau ada sahaja hal mengelak untuk menjawab.  Telah aku katakan yang aku tidak sehebat mereka, tidak sepantas mereka memahami apa yg diterangkan oleh itu aku perlukan penjelasan yang lebih. Apabila aku mula mengorak langkah sendiri, mereka mula kecoh mengadu mengapa tidak bertanya. Mula mempersendakan tindak tanduk dan kean daripada apa yang aku lakukan. Seolah olah aku tunjuk pandai. Jurang diantara yang lama dan yang baru masih ada tetapi mereka tidak mengaku dan tidak ingin menghapuskan. Mengerti bahawa jika sentiasa tunjuk, aku tidak akan dapat belajar dan perolehi ilmu. Oleh itu dengan cara membiarkan aku menghadapinya, aku akan lebih mahir. Cara itu tidak salah tetapi amatlah tidak setuju apabila akhirnya aku diajukan soalan sebegini. Kalau aku sudah tahu apa yang tidak aku tahu, itu bukan lagi namanya tidak tahu. Umpama bertanyakan kepada budak apa yang yang yang dia tidak tahu, budak tersebut pun tidak boleh jawab kerana belum diajar atau diperkenalkan dengan apa yang akan dia perlu tahu. Memang benar setiap orang perlu ada inisiatif untuk belajar benda/ ilmu baru. Tanpa mengetahui apa yang perlu diketahui, inisiatif itu lambat atau tidak mungkin ada. Ini membawa kepada prasangka buruk terhadap senior.Aku faham yang kau mahir dalam bidang kerja ini. akan tetapi tidak perlulah tunjuk rajin dengan soalan soalan yang bukan bidang kerja dan ambil kisah kerja org lain. Menunjukkan yang kau bekerja keras dan berupaya buat kerja yang tidak disuruh.  Jelek sungguh. Itu membuatkan lagi aku menyampah. Akhir kuingin katakan aku dah mula benci berkongsi ilmu kerana cara layanan kau.

Khamis, 22 Januari 2015

                               
Jangan Tinggalkan Aku..


                                 Aku mengaku salah tersepak pipi dia sebab dia dia mula bertindak ganas, marah2 bertekak dalam kereta. Dia pukul kat kepala dahi aku, mesti la ade reaksi tindak balas… Dah terkena, dia diam dan nanges. Aku sedar aku SALAH, start dia mengamuk2 dalam kereta, Aku pujuk dia xmahu…berkeras nak balik, bagi aku alasan macam2 suh anta balik kalau tak  dia turun jalan kaki.. Aku xsampai hati wan, aku dah terpukul pipi dia kena mata, tengok dia nanges2. Aku pun start nanges sebab bersalah tersepak dia.. Sampai kat perkarangan rumah dia aku xsemena2 macam kena sampuk plak trus nanges lagi truk dr dia.  
                                Dia janji xminta putus tapi hati aku mcm xnak terima alasan tu. Tau itu je cara dia nak tinggalkan aku. Katanya aku nanges kuat, jangan buat malu org dengar. Aku perasan org tgk. Lepas satu persatu barang dia aku bagi sambil aku teresak2 nanges, muka aku basah dengan air mata sendiri, aku drive trus tinggalkan dia mencari parking kosong. Jumpa yang kosong aku trus berhenti dah muntah keluar. Setalah habis muntah, aku drive ke rumah perlahan. Tiba di rumah , kesat2 muka dan kunci kereta dan masuk. Setelah selesai solat malam, aku kembali memohon maaf dan mohon jangan dia tinggalkan aku. Dia ade call bebearapa kali dan menegaskan jangan call, mesej dia, dan bagi dia ruang untuk berfikir. Sementarat itu jikalau aku berkehendakkan org lain, dia bagi. DENGAR je ayat tu aku kembali nanges. Aku xnak kehilangan dia. Aku nanges keseorangan hingga tertidur. Setiap kali terjaga daripada tidur kerana, mesej dia dulu yang aku tengok.



                            Bukan aku tak ingat tuhan, tak ingat nak beristirgfar dari mula jadi hingga kini, Dalam tangisan, kesedihan aku menempuh apa yang berlaku..aku beselawat..bersyahadah agar aku masih waras. Aku akan cuba menghadapi hari2 mendatang menunggu dia dengan harapan dia masih mengasihani aku. Please jangan tinggalkan aku.