Khamis, 29 Oktober 2015


Apa yang masih belum kau tahu?

Apa yang masih aku belum tahu... banyak lagi. Bukan aku tidak pernah bertanya  tetapi aku mula  merasai menyampah bertanya kepada mereka yang bijak pandai kerana sikap mereka. Ya, jika tikdak tahu bertanya dan jangan buat keputusan sendiri akan tetapi cara mereka yang seolah olah tidak sudi berkongsi ilmu.  Mereka menjawab tetapi tidak sepenuhnya, meninggalkan aku dalam keadaan tertanya tanya kononnya supaya aku berfikir sendiri. Apabila aku mula bersuara bertanya lebih akan suatu itu mereka mula tarik muka atau ada sahaja hal mengelak untuk menjawab.  Telah aku katakan yang aku tidak sehebat mereka, tidak sepantas mereka memahami apa yg diterangkan oleh itu aku perlukan penjelasan yang lebih. Apabila aku mula mengorak langkah sendiri, mereka mula kecoh mengadu mengapa tidak bertanya. Mula mempersendakan tindak tanduk dan kean daripada apa yang aku lakukan. Seolah olah aku tunjuk pandai. Jurang diantara yang lama dan yang baru masih ada tetapi mereka tidak mengaku dan tidak ingin menghapuskan. Mengerti bahawa jika sentiasa tunjuk, aku tidak akan dapat belajar dan perolehi ilmu. Oleh itu dengan cara membiarkan aku menghadapinya, aku akan lebih mahir. Cara itu tidak salah tetapi amatlah tidak setuju apabila akhirnya aku diajukan soalan sebegini. Kalau aku sudah tahu apa yang tidak aku tahu, itu bukan lagi namanya tidak tahu. Umpama bertanyakan kepada budak apa yang yang yang dia tidak tahu, budak tersebut pun tidak boleh jawab kerana belum diajar atau diperkenalkan dengan apa yang akan dia perlu tahu. Memang benar setiap orang perlu ada inisiatif untuk belajar benda/ ilmu baru. Tanpa mengetahui apa yang perlu diketahui, inisiatif itu lambat atau tidak mungkin ada. Ini membawa kepada prasangka buruk terhadap senior.Aku faham yang kau mahir dalam bidang kerja ini. akan tetapi tidak perlulah tunjuk rajin dengan soalan soalan yang bukan bidang kerja dan ambil kisah kerja org lain. Menunjukkan yang kau bekerja keras dan berupaya buat kerja yang tidak disuruh.  Jelek sungguh. Itu membuatkan lagi aku menyampah. Akhir kuingin katakan aku dah mula benci berkongsi ilmu kerana cara layanan kau.