Isnin, 12 Mei 2014

OT diutamakan...

       


Hurmm.. mate tak nak lelap2 lagi walaupun memang dah sah ngantuk... Badan dah send signal sengal2 belakang... Aku terfikir sejenak adakah aku berkeras tak nak baring sebab menunggu panggilan org or khuwatir kalau tido sekarang ade terlajak jawabnye...
          More than 50% my logical thinking mengatakan "dah tido pun, takyah penat2kan diri seksa badan menunggu..." namun baki yg masih menunggu, tidak berganjak drpd pendirian mereka... expecting the call.. Aku sekarang nipun sedang baring sambil menaip blog. tidak bermaksud buntu idea namun kepenatan tulang belakang duduk bersandarkan dinding.menyiapkan report harian yang supose sudah dihantar petang tadi. Akibat dek MALAS menghasut, apa pun tak jadi... Jadi tu mmg, tapi laen pulak yang lebih tinggi prioritinye.
          Berbalik kepaada tajuk, "title".... OT diutamakan... ape yang korang faham?? chewah, macam yang bace ni selonggok dpan skrin ramai2... ok, ape? OT..atau bahasa penuh  OVERTIME, kerja lebih mase...(berbayar). Lately nie aku mmg kena cari duet lebih dah cara yg aku pilih ialah OT.... Di sini menerangkan bahawa jika tiada arah melintang... kerja, asalkan berbayar. Aku nak balik bayaran OT  aku semasa under UNIFI dulu..Travelling Expenses sewaktu UNIFI dulu seingat2 aku tak pernah claim,(baik konon).

Sabtu, 3 Mei 2014

where it lead..

Everytime aku nak blog je, idea idea tadi yang mencurah curah semuanya hilang entah kemana. Bagaikan air yang dicurahkan di daun keladi, mengalir tanpa satu pun tinggal melekat pada daun..Otakku kembali kosong, putih umpama kertas A4 yang belom dicoretkan dengan pen mahupun pensel. Malah kesan kesan draft idea pun tiada. Penat aku paksa untuk keluarkan namun semakin buntu dibuatnya. Akan tetapi setelah aku tutup blog, idea idea kembali seolah olah aku sedang memikirkannya.
 Sebab lain, mungkin kerana rasa untuk mencoretkan ape yang terbuku di minda seperti tidak berbaloi jikalau setakat sepotong dua ayat. Lebih baik aku tweet. Akan tetapi ayat itu mempengaruhi emosi aku dan berlarutan mempengaruhi keputusan lalu tindak tanduk. Aku lebih kerap di twitter daripada di blog sedangkan blog lebih awal aku mula dan aku memang bercadang berkongsi di sini cuma kebelakangan ini tidak. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk mencoretkan apa yang terlintas di minda / hati di atas kertas dan akan aku masukan di blog jika ada kelapangan. Oleh itu dapat aku manfaatkan blog ini dan menambah trafik. Sehubung itu tidak lupa aku akan letak di twitter.
Oleh itu aku dapat merakamkan perasaan atau tanggapan atau lebih tepat lagi ayat ayat yang terlintas dalam fikiran yang menjadi punca emosi, tindak tanduk, kata kata dan lain lain berubah. Sebelum aku melaut dengan lebih jauh, cukup di sini dahulu.