Sabtu, 3 Mei 2014

where it lead..

Everytime aku nak blog je, idea idea tadi yang mencurah curah semuanya hilang entah kemana. Bagaikan air yang dicurahkan di daun keladi, mengalir tanpa satu pun tinggal melekat pada daun..Otakku kembali kosong, putih umpama kertas A4 yang belom dicoretkan dengan pen mahupun pensel. Malah kesan kesan draft idea pun tiada. Penat aku paksa untuk keluarkan namun semakin buntu dibuatnya. Akan tetapi setelah aku tutup blog, idea idea kembali seolah olah aku sedang memikirkannya.
 Sebab lain, mungkin kerana rasa untuk mencoretkan ape yang terbuku di minda seperti tidak berbaloi jikalau setakat sepotong dua ayat. Lebih baik aku tweet. Akan tetapi ayat itu mempengaruhi emosi aku dan berlarutan mempengaruhi keputusan lalu tindak tanduk. Aku lebih kerap di twitter daripada di blog sedangkan blog lebih awal aku mula dan aku memang bercadang berkongsi di sini cuma kebelakangan ini tidak. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk mencoretkan apa yang terlintas di minda / hati di atas kertas dan akan aku masukan di blog jika ada kelapangan. Oleh itu dapat aku manfaatkan blog ini dan menambah trafik. Sehubung itu tidak lupa aku akan letak di twitter.
Oleh itu aku dapat merakamkan perasaan atau tanggapan atau lebih tepat lagi ayat ayat yang terlintas dalam fikiran yang menjadi punca emosi, tindak tanduk, kata kata dan lain lain berubah. Sebelum aku melaut dengan lebih jauh, cukup di sini dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan