Rabu, 13 November 2013

Kenapa Wanita Suka Merajuk


 


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

10 Cara Wanita Membuatkan Lelaki Bernafsu

93 Comments 
 

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Isnin, 14 Oktober 2013


Hah ??!! Dia bertunang? Ade yang dah masuk meminang. First of all tahniah la.. Selamat berbahagia. Masalahnye aku kat sini dah macam xkeruan,  mood kerja jatuh, selera makan trus takde, kepala pening. Nak focus kerja pun tak boleh. Macam xboleh nak terima je.. Walaupun kita takde ape2 ikatan lagi except “just friend” tapi effect tu amat terasa sampaikan boleh plak aku nak wat karangan kat sini. Seperti biasa, member baik aku dah aku beritau ttg ni. Ape jawapan die?? “Sabar bro…”Ikutkan hati ni nak je angkut beg2 yang ade ni trus blah je dari opis balik kampong, malang xboleh sebab tiket dah beli 9pm.
Hari raya ni mmg beraya dalam keaadan happy and sad together la nampaknye.. Sorang tu kawen, sorang tu nak ajak makan pun xslalu jumpa (padahal kerja same building)…jumpaje mesti xkena time. Sorang plak ntah merungut nak blah sangat..dah blah…Ni plak tunang.
Member beraya kat Kluang aku kat Muar...xjumpa nampaknya. Kalau tak boleh pergi release tension same2.
(frontline…)
Kena dah… cara aku jawab pun dah agak kasar. Dapat caller yg minta bukan2 ade kena basuh tak kira customer ke RNO. Nasib baik terkawal lagi.. ingat operator ke ape, call 1060 trus mintak sambung ke coordinator nah mane2 ntah. Dah cakap baik2 xpaham, sound sikit.  Tiket pun xde, ade pun org lain punye.. senang2 je nak mintak call back and one more thing call time org lunch, agak ade yg nak jawab ke? Hangpa ke ja luar.. Depa keja dalam… laen2. Ngerti ke tidak.?
Ade sorang call cakap nak cepat, tunggang langgan macam orng paham dialek dia. Report line down power xde, sekeja kate ok skejap kate satu PEKAN takde power…mane satu ni,  mcm takut duk dalam gelap. Tapi malam pun blom. Nasib baik circuit effect by Public Holiday tempat sendiri…kalau tak semput agaknye. Agent ramalan kan…line down, duit pun takde ar nak makan…Hahahaha
Berbalik kepada cerita  di atas, aku rase mmg dah lari tajuk. Cerita daripada frust org pujaan tunang, kepada marah-marah caller yang ntah ape2.. Ni perenggan ketiga nak cerita ape yek…
Makan, dua tiga hari ni aku asyik lapar je. Mau tak abis dah gaji dalam bank tu…Pay day bulan ni ade setengah bulan lagi ni. Boleh tahan ke? Tengah taip ni pun dah terase nak mengunyah. Ikut nafsu nak je makan makanan ringan yang ade, tapi buat habis duit kenyang tidak jugak.Tapak tangan dah makin sejuk.





p.s: sorry for ejaan yang digunapakai, tidak standard dalam menggunakan bahasa inggeris  atau melayu



I do like someone in my workplace and after few times of trying to get close to her, I get good news and bad news...not so bad after all jut considered no luck. I thought that she was older to me and kept calling her akak ever since I didn’t have my heart falling for her. She managed to be in the list of my reasons why I want to go to work…hahahaha
The day, I managed to have extra mile conversations with her to her better. She is younger than me, she is 91 and me 86. Five years younger. In addition her facebook page was on, me:“can add me to your..?”. Done…she said: “Later approve eyh.” Waited for tomorrow and approve. That is when I noticed that her wedding day is next week. Sad…after one comes another, engaged and next week will be married. We will just be officemate…hurm..

Ahad, 13 Oktober 2013


Day after tomorrow, Tuesday.  Hari Raya Qurban.

Jumaat, 19 Julai 2013




          Happy Birthday
... nanti akesh upload enti baru untuk today...



                     

Google celebrates my birthday...hahahaha

Rabu, 10 Julai 2013


Greetings,

                         Hari ni hari pertama bulan ramadhan dan hari yang sama ibuku menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 65. Wah golongan warga emas tue...mengingatkan aku dimana beli tiket bas, kaunter tiket masih minta proof. Muda lagi tu. By the way my parents takde amek ape2 produk kecantikan or produk menghalang penuaan seperti mana yang kita muda2 sekarang sibuk ambil and try nak buat side income.
                       Berbalik kepada topik, today adalah hari pertama berbuka puasa di mana tidak bersama family kena pula kat office..
Gambar office, full building...tapi office kat 1st floor je. Nampak pun tidak dalam picture tu. Juadah berbuka tadi beli di kantin, tingkat 3. RM2 not bad...untuk nasi putih, kentang 2 biji 2 ketul kambing (bawah sayur kangkung).
Kali ni jelah.. sebab cashier malas nak kira kambing tu...Datang lagi nanti, sebiji2 dikira. Tak dapat punye harga hari ni.