Sabtu, 25 September 2010

Again Final Exam..

           Sedih... perasaan yg bergolak sekarang. Peperiksaan pertama aku membuatkan aku sedih kerana dapat aku rasakan bahawa aku tidak dapat membuat yang terbaik untuk lulus. Pertama kali aku merasai sebegini rupa walaupun aku pernah lalui kegagalan sebelum ini, sewaktu diploma.
           Senses aku sudah dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena dengan nota / tips yg aku baca untuk final exam ni. Seakan akan terlalu mudah untuk di duga soalan dan isi isi penting yang perlu diingat terlalu sedikit. Confident level aku agak tinggi tidak seperti selalu.
           Pada hari tersebut, segalanya semakkin jelas mengapa aku melalui perasaan tersebut. Apa yang aku terasa ada benarnya. Last minute tips yang aku dengar dan baca mengesahkan lagi. Aku tahu bahawa nasib tidak menyebelahi aku ketika ini... Aku capai segala apa yang ada, apa sahaja mengenai peperiksaan itu dengan harapan apa yang aku baca, lihat dan paksa hafal tersimpan dalam mindaku dan dapat aku mencurahkannya.
           Perasaan gementar berkurang namun tetap ada. Aku menenangkan diriku dan berfikiran positif. Syukur ia membantu. Tibanya aku di dewan peperiksaan, lagi aku rasa tidak menentu. Aku masuk dan duduk. Isi ruang kosong pada kertas jawapan. Reaksi rakan rakan aku yang duduk bersebelahan menambahkan lagi ketakutan aku. Seperti menjawab soalan matematik engineering.
           "Anda boleh mula..." Aku buka kertas soalan mula baca. Tidak.... tidak aku sangka, soalan yang diajukan bukan ape yang aku baca... memang benar tajuk tajuk yang berkenaan tetapi tidak yang aku harapkan. Aku paksa otakku untuk mengingati segala apa yang telah kupelajari. Logik akal tidak lupa, salah satu alternatif. Kulihat kawan sebelah, penuh muka surat dan khusyuk menjawab. Depanku pun tidak kurang bezanya. Hampir semua yang aku lihat jawab panjang. Terpaksa aku mereka reka ayat agar kelihatan panjang. Aku sedar tidak guna aku membazir dakwat kerana aku sendiri tidak terfikir jawapan. Aku set masa, dah reka selama sejam. Aku jawab dengan berbekalkan idea yang aku fikirkan.
           Sempat aku conteng kertas soalan dalam menjawab soalan. "You may stop writting". Ahh tensi aku hilang tetapi mood sedih aku membuak buak. Tidak banyak berbual, aku balik singgah gerai beli keropok ikan dan dalam perjalan pulang ke rumah beli nasi lemak. Nafsu makan aku tinggi. Rupanya kalau aku sedih, aku akan kuat makan... kadang-kadang.
          Sampai rumah, setelah kunci pintu dah gantung baju di ampaian dapur aku buka bungkusan nasi lemak dan makan. Tanpa menghiraukan teman bilik, aku terus tidur hingga 6pm. Sehingga kini aku maseh merasai kesedihan itu dan ia membuatkan aku gementar untuk membaca nota lain..

Khamis, 29 April 2010

Final Xm dah dekat...

Semester 2 aku berada di MMU ni hampir finish. Ini bermakna minggu final XMlah. Ptg tadi pergi jumpe Academic Advisor (AA) degree. First time nih, cuak gak mule2. Karang kalau full english dia soal, tergagap2 ar akesh nak menjawap. Nasib baik ade kengkawan yg dah masuk degree sebelum aku kat sini. tau la sesikit cam mane nak buat or kat mane nak cari.
Akhirnya aku jumpe bilik AA aku kat mane, sebelum ketuk pintu tengok dulu bz tak. Etika good student lah katekan. Ketuk pintu, masuk selepas dia signal silakan. Cara dia menaip kerja dia kat keyboard tu mmg nampak hardworking person. Masuk je dia tanya ade ape hal(english) peramah and fluent betol lah. tapi belom boleh judge org tu dgn baru berapa minit kenal, Bak kate pepatah, Don't Jugde The Book By Its Cover.
Bermulalah perbualan aku bersama AA. Smooth jer, takde lah strict sgt or tau je student jumpe kerana AA, start serius, muke ketat. Seperti biasa sama seperti mana aku diploma cuma kali ini agak lain sedikit sebab cara pertanyaan agak mesra, lecturer to student.
Selesai bertemu ramah, conclusionnyer mmg dah gaya lecturer tu camtu kot. Actually semuanya kerana XM is near, bukan almost je dah memang near. Procedure lah katekan, kalau tak jumpe tak boley pula add course sem depan.
Sampai di dini dululah, mata pun dah mula berair ni, otak pun penat nak pk idea.

Experience dengan kereta Yan

            Heran aku stiap kali aku buka blog je idea idea yg berlambak2 yang tinggal nak kluar mencurah2 tu semua ilang. Kemana semuanya pergi and ape silap aku? Exam final semester 2 aku kat MMU dah tinggal minggu depan dan aku masih sempat nak online. Mungkin ini jela sumber untuk aku menghiburkan hati aku yg sememangnya suram. Setelah lame aku tinggalkan kerja2 menaip blog ni, agak lembab otak aku nak berfikir. Dapatlah jugak aku rase RAM otak aku smakin slow. Hari ini selesai semua perkara mengenai academic evaluation tinggal satu jer, pasal hostel fee. Ape yang tak kena dengan sistem MMU ntah, sampai ID aku yg lame plak ade, yg baru ni takde langsung.
            Minggu lepas, kawan aku tumpang keta proton BLM dia kat hostel tempat aku tinggal ni kerana nak pergi interview. Bohong ar kalau aku kate tak usik sikit pun keta dia...or drive kluar. Mmg ade aku drive kluar bwk jenjalan panaskan enjin. Nak jugak test drive keta proton baru, balik2 produa mana best.Alhamdulillah approximately 90% aku gner keta kwn aku ni, aku notify dia dulu. Asking permission la kire. Lagi 10% tak britau kat owner tapi bukannyer salah guner. Still pegang pada janji, diamanahkan untuk jaga. Walaupun ade aku tanya boleh tak gune keta dan dia approve asalkan minyak topup ar..dah kire GREEN light tu. Boleh tu mmg la, tapi tu kira last org bg pinjam keta.
           Ade memori yang masih terpendam  mengenai kereta proton nie. Belaku di mlm hari, aku dan rakan2 bercadang mkn luar jauh sedikit daripada hostel tapi tempat belum decide lagi. As usual aku call ask permisson, seems owner kereta pun dlm perjalanan ke kedai mkn. From what yang aku dengar, intonasi dia ckp membenarkan aku drive mlm tu seakan2 berat je hati. macam dirinya terasa yang aku ini mengguna keretanya slagi dia tidak pulang. Terdetik di hati aku, risau bercampur takut. Aku beranikan diri pergi isi minyak RM10 dan pulang ambil rakan ku kemudian terus mencari tmpt mkn. Selepas tiada kata sepakat sepanjang jalan, mkn mlm di McD Melaka Mall. Habis makan, bermulalah pengembaraan yg menjadi iktibar kepada diriku.
           Aku pandu kereta susur masuk main road, dan terus accelerate tapi tidaklah seperti F1 cuma seperti kereta aku yang punya. Matlamat untuk ker AEON Bandaraya. Ok je jalan dah hafal. Pandu kereta, take my own sweet time tau2 je dah jauh melencong. Rupanye, route yang kitorang pilih jalan perkampungan. Aku dah start kena alert dengan surrounding areas. Tiba di AEON, 11 pm dah tutup. Teruskan perjalanan, barulah namenye jalan jalan. Di pendekkan cerita selepas dah melalui peringgit, banda kaba, sentral, boleh dikatakan hampir semua tmn perumahan yg aku cari dalam internet ptg hari tersebut... perjalanan tersasar jauh dari jalan balik, tersasar masuk ke jln untuk ke A'Famosa Resort, Alor Gajah.
           All decided pergi Klebang since tu je route yg familiar dan chances yg besar untuk pulang. Sedang sedang bising dalam kereta, aku brek mengejut selepas deria deria aku sense ade posssibly something bad will happened. Thanx to my friends yg jerit mengejutkan aku drpd kelalaian aku drive kerana mereka berborak. Screeet..!!! bunyi tayar berhenti mengejut dankereta berhenti ngam2 belakang toyota wish. It happened at traffic light. driver toyota wish tgk aku melalui mirror pandang blakang dan kedepankan sikit keretanya. sejuk kepala lutut aku. terlintas di fikiran, ape yg aku nak beritau kalau2 tadi dah berlanggar. Cepat cepat aku drive kereta dan berjaya pulang melalui jalan ke Muar. Habis separuh melaka jalan sampai hostel 7 minit before 12AM.
           Sampai2 rumah aku mandikan diri dan solat isyak. Dalam doa kupanjatkan kesyukuran tidahk berlaku kemalangan tadi dan semua selamat sampai rumah. Aku sms owner keretaberitau bahawa keretanya slamat di dalam kompaun hostel. aku sertakan juga pohon kemaafan darinya jika aku seperti mengambil kesempatan di atas kemudahan yang dia beri. Aku sms dia separuh je, selebihnya aku katekan yg aku akan cerita sebaik sahaja dia on9. Agar tiada persilihan faham. Tapi  cara dia balas macam marah je. Sampai sekarang ini aku still rase seperti takut