Jumaat, 7 Februari 2014

Tahun Baru

Seperti biasa tahun baru ada sahaja azam baru. Tidak terkecuali buatku, beberapa azam tersedia menunggu aku melangkah ke tahun baru. Sebulan sebelum tahun baru aku berjinak-jinak dengan azam yang kecil sebagai permulaan agar diriku tidak terkejut akan perubahan yang ingin aku lakukan untuk mengecapi apa yang aku impi. Aku memasang niat untuk tidak memakan makanan ringan atas alasan ia membazirkan wang. Sunguhpun begitu, aku cuma aplikasikan kepada twisties kerana terlalu banyak wang yang aku habiskan untuk membelinya. Setiap kali aku ingin makan makanan ringan, aku akan memilih selain twisties. Aku praktikkan selama sebulan agar azam-azam yang lain dapat turut sama. Alhamdulillah aku berjaya, masuk tahun baru minat aku terhadap twisties bukan sahaja berkurang malah hampir tiada. Hasil daripada percubaan yang berjaya ini tahap konfiden bertambah. Aku ingin mencuba dengan cabaran-cabaran lain. Aku gantikan keinginan aku untuk membeli twisties dgn membeli yang lebih berbaloi atau aku akan simpan. Sekurang-kurangnya aku menabung. Duit yang ada dapat aku guna untuk benda lain. Tahun ini aku berazam untuk menyimpan lebih daripada berbelanja agar dapat menjamin kestabilan hidupku di mana masa tidak menyebelahiku. Ianya bermula sejak aku kerap kali terasa seperti dejavu. Sedar akan perkara tersebut, langkah yang drastik perlu diambil memandangkan faktor umur dan kerjaya tidak menentu. Menyertai AKPK semasa di universiti turut menjadi faktor utama kenapa aku menjadi begini. Kini aku telah pun berada dalam tahun yang aku maksudkan dan beberapa cabaran dapat aku kuasai disamping itu beberapa cabaran baru hanya menunggu giliran. Selama aku mempraktikkan semua ini, cabaran utama masih belom 100% berjaya. Oleh itu aku masih menganggap ia misi tidak tercapai. Mana misi / azam yang tidk tercapai aku bawa ke depan. Aku cuba untuk capai akhir bulan depannya dan berharap kesemua azam itu dapat / terlaksana sebelum berganti tahun.. Ade pepatah... HARI ESOK HARUS LEBIH BAIK DARI HARI INI... Oleh itu, aku ingin hari-hari esok buat diriku lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Aku akan berusaha, memperbaiki diriku kerana aku sedar akan kekurangan diriku dan jika aku abaikan, aku mungkin akan terpesong lebih jauh daripada sekarang.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Nanti, aku akan listkan ape yang target...
    btw, skema btol tulis blog tadi. Kekok plak sebab tak guna shortforms or mix languages...

    BalasPadam