Sabtu, 8 Januari 2011

didnt think yet

           Sempena tahun 2011 ini aku kena pastikan bahawa PTPTN aku dapat di sambung semula. aku tidak terkejut dengan keputusan yang aku perolehi setelah menduduki peperiksaan akhir semester cuma lain yang aku fikirkan lain pula yang jadi. Aku bersyukur dengan apa yang jadi, jika ditakdirkan seperti apa yang aku fikir, tidak berpeluang untuk aku melanjutkan pelajaran. Ia akan menjadi lebih teruk daripada apa yang aku sangka.                                                                                                                                                      
          Keputusan MUET akhir tahun baru sahaja aku perolehi kelmarin. Band 3, berjaya juga aku menduduki peperiksaan itu. Nmun masih ada yang mengatakan aku tidak bersungguh sungguh walaupun ada benarnya, aku tidak begitu asyik tekun menghadap buku MUET tetapi aku ada mengulangkaji  untuk peperiksaan itu. 
           Kepala aku tidak henti henti memikirkan mengenai duit dan pelajaran yang aku pelajari di MMU ini. Setiap kali ada masa terluang, perkara yang utama aku fikir adalah dua perkara tersebut. Kedua-dua ini menjadi punca aku sering tertanya tanya mengapa jalan hidup aku perlu kutempuhi semua ini begini payah seperti orang lain tidak memlaluinya. Ada pun yang melalui apa yang aku lalui sekarang lebih baik keadaaannya daripada aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan