Sabtu, 25 September 2010

Again Final Exam..

           Sedih... perasaan yg bergolak sekarang. Peperiksaan pertama aku membuatkan aku sedih kerana dapat aku rasakan bahawa aku tidak dapat membuat yang terbaik untuk lulus. Pertama kali aku merasai sebegini rupa walaupun aku pernah lalui kegagalan sebelum ini, sewaktu diploma.
           Senses aku sudah dapat merasakan bahawa ada yang tidak kena dengan nota / tips yg aku baca untuk final exam ni. Seakan akan terlalu mudah untuk di duga soalan dan isi isi penting yang perlu diingat terlalu sedikit. Confident level aku agak tinggi tidak seperti selalu.
           Pada hari tersebut, segalanya semakkin jelas mengapa aku melalui perasaan tersebut. Apa yang aku terasa ada benarnya. Last minute tips yang aku dengar dan baca mengesahkan lagi. Aku tahu bahawa nasib tidak menyebelahi aku ketika ini... Aku capai segala apa yang ada, apa sahaja mengenai peperiksaan itu dengan harapan apa yang aku baca, lihat dan paksa hafal tersimpan dalam mindaku dan dapat aku mencurahkannya.
           Perasaan gementar berkurang namun tetap ada. Aku menenangkan diriku dan berfikiran positif. Syukur ia membantu. Tibanya aku di dewan peperiksaan, lagi aku rasa tidak menentu. Aku masuk dan duduk. Isi ruang kosong pada kertas jawapan. Reaksi rakan rakan aku yang duduk bersebelahan menambahkan lagi ketakutan aku. Seperti menjawab soalan matematik engineering.
           "Anda boleh mula..." Aku buka kertas soalan mula baca. Tidak.... tidak aku sangka, soalan yang diajukan bukan ape yang aku baca... memang benar tajuk tajuk yang berkenaan tetapi tidak yang aku harapkan. Aku paksa otakku untuk mengingati segala apa yang telah kupelajari. Logik akal tidak lupa, salah satu alternatif. Kulihat kawan sebelah, penuh muka surat dan khusyuk menjawab. Depanku pun tidak kurang bezanya. Hampir semua yang aku lihat jawab panjang. Terpaksa aku mereka reka ayat agar kelihatan panjang. Aku sedar tidak guna aku membazir dakwat kerana aku sendiri tidak terfikir jawapan. Aku set masa, dah reka selama sejam. Aku jawab dengan berbekalkan idea yang aku fikirkan.
           Sempat aku conteng kertas soalan dalam menjawab soalan. "You may stop writting". Ahh tensi aku hilang tetapi mood sedih aku membuak buak. Tidak banyak berbual, aku balik singgah gerai beli keropok ikan dan dalam perjalan pulang ke rumah beli nasi lemak. Nafsu makan aku tinggi. Rupanya kalau aku sedih, aku akan kuat makan... kadang-kadang.
          Sampai rumah, setelah kunci pintu dah gantung baju di ampaian dapur aku buka bungkusan nasi lemak dan makan. Tanpa menghiraukan teman bilik, aku terus tidur hingga 6pm. Sehingga kini aku maseh merasai kesedihan itu dan ia membuatkan aku gementar untuk membaca nota lain..

1 ulasan:

  1. sabar la..mungkin ini ujian untuk kamu..
    pesanan ustazah nurnazila sek agama bandar: jangan terlalu yakin dengan keyakinan yang ada. sebab ia memakan diri.sebaliknya bertawakal lah..

    BalasPadam