Khamis, 22 Januari 2015

                               
Jangan Tinggalkan Aku..


                                 Aku mengaku salah tersepak pipi dia sebab dia dia mula bertindak ganas, marah2 bertekak dalam kereta. Dia pukul kat kepala dahi aku, mesti la ade reaksi tindak balas… Dah terkena, dia diam dan nanges. Aku sedar aku SALAH, start dia mengamuk2 dalam kereta, Aku pujuk dia xmahu…berkeras nak balik, bagi aku alasan macam2 suh anta balik kalau tak  dia turun jalan kaki.. Aku xsampai hati wan, aku dah terpukul pipi dia kena mata, tengok dia nanges2. Aku pun start nanges sebab bersalah tersepak dia.. Sampai kat perkarangan rumah dia aku xsemena2 macam kena sampuk plak trus nanges lagi truk dr dia.  
                                Dia janji xminta putus tapi hati aku mcm xnak terima alasan tu. Tau itu je cara dia nak tinggalkan aku. Katanya aku nanges kuat, jangan buat malu org dengar. Aku perasan org tgk. Lepas satu persatu barang dia aku bagi sambil aku teresak2 nanges, muka aku basah dengan air mata sendiri, aku drive trus tinggalkan dia mencari parking kosong. Jumpa yang kosong aku trus berhenti dah muntah keluar. Setalah habis muntah, aku drive ke rumah perlahan. Tiba di rumah , kesat2 muka dan kunci kereta dan masuk. Setelah selesai solat malam, aku kembali memohon maaf dan mohon jangan dia tinggalkan aku. Dia ade call bebearapa kali dan menegaskan jangan call, mesej dia, dan bagi dia ruang untuk berfikir. Sementarat itu jikalau aku berkehendakkan org lain, dia bagi. DENGAR je ayat tu aku kembali nanges. Aku xnak kehilangan dia. Aku nanges keseorangan hingga tertidur. Setiap kali terjaga daripada tidur kerana, mesej dia dulu yang aku tengok.



                            Bukan aku tak ingat tuhan, tak ingat nak beristirgfar dari mula jadi hingga kini, Dalam tangisan, kesedihan aku menempuh apa yang berlaku..aku beselawat..bersyahadah agar aku masih waras. Aku akan cuba menghadapi hari2 mendatang menunggu dia dengan harapan dia masih mengasihani aku. Please jangan tinggalkan aku.

    


Isnin, 4 Ogos 2014

Selamat Hari Raya.. Syukur kehadratNYA, aku masih hidup untuk menyambut hari raya kali ini dan tidak lupa juga aku dapat menahan godaan sepanjang bulan puasa. Sekurang2nya ia lebih baik daripada puasaku yang sebelum..

Aku berjaya untuk avoid makan twisties, any products yang di bawah naungannya.. Reasons?? unhealthy, not worth for money. I hope selama avoiding, tak ade termakan terasa pun. Twisties ade mengeluarkan minuman ke?? Twister??? Botol tu xcheck lagi.. minum pun sebab orang lain belikan...beli sendiri, owh tidak.
There are few improvements since start doing and lebih2 lagi apabila diaplikasikan dalam kehidupan harian. such as:
- solat xnak tinggal, terawih at least 8 rakaat with witir before subuh next morning.
- Ade mase terluang, learn to read the Quran. Try khatam seawal yang boleh without errors.(still trying)
- Start fresh, no grudge..(lately felt like someone got a grudge on me or hate)
_ Cut my expenses, do more savings..(otw)

Raya, yeay..dapat balik hometown jumpe mak abah...wan n siapa lagi kan..hikhik
Raya tidak semeriah dulu, agak suram sebab ramai kawan yang beraya luar daripada hometown aku dan kereta aku tinggalkan di KL. Bergantung pada kelapangan Hazwan untuk bawa aku. Masuk raya kedua, seperti yang dijanjikan aku dapat berjumpa dengan dia. Hahaha seronoknye dan berdebar hati. Rindu sgt2. Niat untuk merisik akan tetapi lebih baik pergi beraya kenalkan diri dahulu... Dengan harapan nanti hantar merisik, segalanya berjalan lancar.

Tiba di rumah, dia jemput masuk. Niat raya aku bertukar menjadi bilik interview. Terasa suram kelabu umah dia, aku tidak peduli. Nanti mengganggu keberanian aku. What to expect?? Soalan2 hari raya la kan..tapi ini tidak macam nak buat aku jeles and lupekan hasrat yg tersimpan di hati.. Jika itu yang diertikan, aku tidak terasa kerana dah diberitahu datang untuk beraya jangan ada sampingan. Aku ikut kata tu. Apa yang aku rasakan seolah2 ada misunderstanding di antara mereka sendiri. Apabila aku disoal oleh sibling and inlaw, bukan agak..memang tersinggung, kecil hati.. Aku cuba menceriakan suasana yang hampir tegang. Akak dia dah signal.. hari dah malam. Hazwan tiba untuk menjemput pulang.. Raya nak aku sangkakan kin menjadi sesi interview selamat 2 jam. Sebelum gerak balik, dia kata sambung mesej.
Di situlah bermulanya titik perpisahan...

Kini, status aku dgn dia mungkin tidak seperti dulu. Seluruh keluarga block aku dalam masa yang sama aku masih dalam kerinduan yang amat, aku cuba untuk embrace. Sedikit2 dapat tapi seperti tajuk lagu Anang.."Separuh Jiwaku Pergi". Aku masih belum boleh terima keputusan dia...aku mahukan yang dulu...Iklas aku memang cintakan dia.
Bukan perasaan ini sahaja malah aku terpaksa berdepan dengan tabiat lama. Harapan kepada improvements yang telah aku tanamkan dalam diri, dan aku akan cuba untuk memastikan tabiat lama tidak akan menjadi suatu isu aku kembali menjadi yang dulu. Aku berharap luahan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak membantu aku recover dan menjadi insan yang lebih cekal..

ps, ade mase nnt aku elaborate..and cerita dengan lebih kemas.





































Isnin, 12 Mei 2014

OT diutamakan...

       


Hurmm.. mate tak nak lelap2 lagi walaupun memang dah sah ngantuk... Badan dah send signal sengal2 belakang... Aku terfikir sejenak adakah aku berkeras tak nak baring sebab menunggu panggilan org or khuwatir kalau tido sekarang ade terlajak jawabnye...
          More than 50% my logical thinking mengatakan "dah tido pun, takyah penat2kan diri seksa badan menunggu..." namun baki yg masih menunggu, tidak berganjak drpd pendirian mereka... expecting the call.. Aku sekarang nipun sedang baring sambil menaip blog. tidak bermaksud buntu idea namun kepenatan tulang belakang duduk bersandarkan dinding.menyiapkan report harian yang supose sudah dihantar petang tadi. Akibat dek MALAS menghasut, apa pun tak jadi... Jadi tu mmg, tapi laen pulak yang lebih tinggi prioritinye.
          Berbalik kepaada tajuk, "title".... OT diutamakan... ape yang korang faham?? chewah, macam yang bace ni selonggok dpan skrin ramai2... ok, ape? OT..atau bahasa penuh  OVERTIME, kerja lebih mase...(berbayar). Lately nie aku mmg kena cari duet lebih dah cara yg aku pilih ialah OT.... Di sini menerangkan bahawa jika tiada arah melintang... kerja, asalkan berbayar. Aku nak balik bayaran OT  aku semasa under UNIFI dulu..Travelling Expenses sewaktu UNIFI dulu seingat2 aku tak pernah claim,(baik konon).

Sabtu, 3 Mei 2014

where it lead..

Everytime aku nak blog je, idea idea tadi yang mencurah curah semuanya hilang entah kemana. Bagaikan air yang dicurahkan di daun keladi, mengalir tanpa satu pun tinggal melekat pada daun..Otakku kembali kosong, putih umpama kertas A4 yang belom dicoretkan dengan pen mahupun pensel. Malah kesan kesan draft idea pun tiada. Penat aku paksa untuk keluarkan namun semakin buntu dibuatnya. Akan tetapi setelah aku tutup blog, idea idea kembali seolah olah aku sedang memikirkannya.
 Sebab lain, mungkin kerana rasa untuk mencoretkan ape yang terbuku di minda seperti tidak berbaloi jikalau setakat sepotong dua ayat. Lebih baik aku tweet. Akan tetapi ayat itu mempengaruhi emosi aku dan berlarutan mempengaruhi keputusan lalu tindak tanduk. Aku lebih kerap di twitter daripada di blog sedangkan blog lebih awal aku mula dan aku memang bercadang berkongsi di sini cuma kebelakangan ini tidak. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk mencoretkan apa yang terlintas di minda / hati di atas kertas dan akan aku masukan di blog jika ada kelapangan. Oleh itu dapat aku manfaatkan blog ini dan menambah trafik. Sehubung itu tidak lupa aku akan letak di twitter.
Oleh itu aku dapat merakamkan perasaan atau tanggapan atau lebih tepat lagi ayat ayat yang terlintas dalam fikiran yang menjadi punca emosi, tindak tanduk, kata kata dan lain lain berubah. Sebelum aku melaut dengan lebih jauh, cukup di sini dahulu.

Sabtu, 29 Mac 2014

Sedang aku menunggu panggilan masuk, diriku dikejutkan dengan mesej tiba di 019xx. Belum lagi tanganku bergerak mengambil untuk membaca masuk satu lagi. Aku biar seketika sebagai memberi laluan untuk syak wasangka hilang, pergi daripada pemikiranku. Tersentap, remuk hati bagai tertusuk sesuatu di dada apabila mataku membaca ayat yang terpampang di skrin telefon bimbit. Mesej kedua menambahkan lagi kesakitan yang kurasa di dada. Suhu tubuhku seperti seram sejuk, jari jemari sememangnya pucat. Mengapa dia menggunakan pelan pesanan ringkas sedangkan melanggani plan data bulanan, sudah tentu mesej tersebut bukan ditujukan kepadaku. Ayat yang digunakan, menggambarkan mesej ditujukan kepada lelaki lain. Dalam keadaan hati yang remuk aku tahan, sabar menunggu jikalau ada mesej seterusnya daripadanya dan aku cuma membalas ikon senyum seolah-olah tidak meragui sesuatu. Akan tetapi aku tahu bahawa dia pun tahu lambat laun aku akan menanyakan perihal ini. Terusku menghubungi rakan karib aku dan menceritakan segala-galanya, perasaan dan sangkaan aku ketika tu. Hatiku mula tidak tenteram. Sebelum pulang kerja, sementara menunggu keredaan kesibukan jalan raya aku hubungi rakan karib dan berborak sekali lagi agar dapat aku hilangkan rasa curiga.Aku seolah-olah dapat mendengar riaksi suara dia dengan membaca mesej itu. Setiap kali terlintas gambaran mesej tu, setiap kali itulah tusukan itu kurasa. Bateri telefon bimbit semakin berkurangan dan khuatir akan padam sebelum sempat sampai rumah akak. Aku nekad untuk tidak menganggu dia dan terus balik. Setiba di KLsentral, singgah di Burger King untuk makan malam. Aku akur yang aku tidak dapat tahan diriku daripada tidak menghubungi dia. Aku menghantar mesej bergambar set makan malam yang dibeli. Bermulalah berbalas balas mesej antara aku dan dia. Seperti biasa dia melayan mesej cuma layanan tu seperti apa yang pagi tadi tidak berlaku. Agak kerap aku berkias untuk dia beritahu. Setelah habis makan dan bermesej aku gerak pulang menaiki monorel. Turun daripada stesen perhentian Maharjalela, aku menyapa dia semula dengan memberitahu yang aku tidak beberapa gembira. Telefon bimbit aku menunjukkan bateri lemah. Dalam perjalanan aku dia menjawab segala spekulasi aku yang terpendam. Aku sedar permintaan aku itu menjengkelkan dan begitu juga jawapan daripadanya. Dalam kesedihan itu terlintas masa silam. Setibanya aku di rumah, aku memberi penjelasan. Dan setelah keadaan kembali reda aku mengakhiri dengan mengecas bateri telefon bimbit. Apakah perasaan yang aku alami ini?? Deria mengatakan, merasakan itu terlalu kuat Aku ingin menafikan tetapi tdak boleh. Sayang memang benar aku sayang. Adakah aku perlu tinggalkan segalaapa yang sedang aku bina?

Jumaat, 7 Februari 2014

Tahun Baru

Seperti biasa tahun baru ada sahaja azam baru. Tidak terkecuali buatku, beberapa azam tersedia menunggu aku melangkah ke tahun baru. Sebulan sebelum tahun baru aku berjinak-jinak dengan azam yang kecil sebagai permulaan agar diriku tidak terkejut akan perubahan yang ingin aku lakukan untuk mengecapi apa yang aku impi. Aku memasang niat untuk tidak memakan makanan ringan atas alasan ia membazirkan wang. Sunguhpun begitu, aku cuma aplikasikan kepada twisties kerana terlalu banyak wang yang aku habiskan untuk membelinya. Setiap kali aku ingin makan makanan ringan, aku akan memilih selain twisties. Aku praktikkan selama sebulan agar azam-azam yang lain dapat turut sama. Alhamdulillah aku berjaya, masuk tahun baru minat aku terhadap twisties bukan sahaja berkurang malah hampir tiada. Hasil daripada percubaan yang berjaya ini tahap konfiden bertambah. Aku ingin mencuba dengan cabaran-cabaran lain. Aku gantikan keinginan aku untuk membeli twisties dgn membeli yang lebih berbaloi atau aku akan simpan. Sekurang-kurangnya aku menabung. Duit yang ada dapat aku guna untuk benda lain. Tahun ini aku berazam untuk menyimpan lebih daripada berbelanja agar dapat menjamin kestabilan hidupku di mana masa tidak menyebelahiku. Ianya bermula sejak aku kerap kali terasa seperti dejavu. Sedar akan perkara tersebut, langkah yang drastik perlu diambil memandangkan faktor umur dan kerjaya tidak menentu. Menyertai AKPK semasa di universiti turut menjadi faktor utama kenapa aku menjadi begini. Kini aku telah pun berada dalam tahun yang aku maksudkan dan beberapa cabaran dapat aku kuasai disamping itu beberapa cabaran baru hanya menunggu giliran. Selama aku mempraktikkan semua ini, cabaran utama masih belom 100% berjaya. Oleh itu aku masih menganggap ia misi tidak tercapai. Mana misi / azam yang tidk tercapai aku bawa ke depan. Aku cuba untuk capai akhir bulan depannya dan berharap kesemua azam itu dapat / terlaksana sebelum berganti tahun.. Ade pepatah... HARI ESOK HARUS LEBIH BAIK DARI HARI INI... Oleh itu, aku ingin hari-hari esok buat diriku lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Aku akan berusaha, memperbaiki diriku kerana aku sedar akan kekurangan diriku dan jika aku abaikan, aku mungkin akan terpesong lebih jauh daripada sekarang.

Rabu, 13 November 2013

Kenapa Wanita Suka Merajuk


 


Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.

12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.

14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.

15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.

16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.

17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.

18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.

19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.

20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri

21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.

22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.

23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.

__________________________________________________________________________________
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak
berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.